salam,
it's kinda funny. sebab aku insta gambar pakai jubah dress warna merah. then kakak aku pun insta gambar yang sama dia tangkap curi-curi then post 'dress from Zara Basic'. It's true. Label dia memang Zara Basic tapi kitorang beli kat kedai cap ayam je di Masjid Jamek. kekeke.
nak dijadikan cerita ramai pula yang komen kat gambar tu. ehh betul ke Zara Basic? berapa ringgit weh? lawalah and whatsoever. then kakak aku pun reply RM50 je. Zara mana ada harga RM50 kan. cis kakak aku ni pecah lubang betullah. aku pun tak adalah nak cakap apa-apa or sembang kencang beli kat butik Zara ke apa kan. tapi aku tak adalah cakap yang kitorang rembat kat Masjid Jamek je. hahaha. semua orang macam dah kagum giler sebab kita dapat murah, tak sampai hati pulak nak hancurkan harapan mereka. ^^
anyway, for me at least, tak kisah korang beli kat mana ke murah cap kelapa sawit ke asalkan selesa dan menutup aurat. plus, dah banyak dah jual dress yang murah-murah design sama dengan yang branded. konon-konon nak penting kan kualiti ke hapa ke takyah nak mengarut lah. fake 'zara basic' ni not bad juga. kemas dan kain dia sejuk je. dress macam ni orang tak pakai bertahun lamanya. sekali dua pakai dah rembat yang baru. tapi yang memang pentingkan jenama, lantak koranglah. muahahaha.
rainbow flats = RM20
pandai-pandai lah cari sesuai dengan bajet. :)
bye.
No comments:
Post a Comment