Tuesday, 4 August 2015

Coleslaw :)



Assalamualaikum,


Lily dah 6 bulan. Last post Lily Hannah baru sebulan.


Seperti biasa biasanya, Munzir akan tanya apa yang aku nak makan. aku cakap la aku nak makan coleslaw. 


"coleslaw KFC?"

"taknak tak sedap."

"coleslaw LIDI?"

"dah bukak ke? macam belum."

"boleh ke makan kubis? kata nanti takde susu?"

"boleh.. VCO kan ada."

"mana nak carik coleslaw ye?"

"entahlah."


maka, merata kami pergi, akhirnya berakhir dengan nasi goreng daging merah dan sup ekor tak silap. sebab dah lapar sangat, kejadian mahukan coleslaw itu telah pun dilupakan.


Rabu menjelma. munzir balik dengan tangan disorok kat belakang. 

"apa tu?"

"tekalah."

"cepatlah. nak salam."

dihulurnya tangan. coleslaw bersaiz bekas taufufa depan mata. 

"ler.. ingat apa tadi."

"syg kan nak coleslaw. abg belikan kat LIDI"

semangat dia cerita how dia deal dengan owner LIDI abang Fazli (rasanyalah itu nama dia, hiks) untuk dapatkan semangkuk besar coleslaw. rasanya diorang tak jual coleslaw tu sahaja, it comes with meals. but, munzir dapat jugak beli. bekas pun datang dari dapur owner sendiri. 

tersenyum gembira dia. tak sanggup aku nak matikan perasaan puas hati dapat bagi apa yang isteri dia nak. aku pun gembira lah jugak dia ingat lagi sedangkan aku pun lupa. lepas mandi kami pun makan coleslaw dengan gembira. Lily hanya menjeling dari jauh.

SEBENARNYA.

Maksud aku nak makan coleslaw tu adalah aku teringin nak makan western. :')

alahai suami. TERIMA KASIH. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...