Assalamualaikum w.b.t.
Kehadapan blog yang dah lama nak bukak tapi tak bukak bukak, maafkan beta. Pembaca confirm takde so ini hanyalah sebagai rujukan kalau di suatu masa nanti penulis blog ini terhilang ingatan. Nauzubillah. Entry kali ni dah review nama puteri sulung aku, hmmmph. tak surprise langsung but its okay. never mind. nobody care by the way. hiks.
Lily Hannah in 5 weeks:
Waktu ni tak tahu aku pregnant. Baru balik Langkawi. Waktu pergi Langkawi tu aku baru habis practical. saje lah nak bermesra-mesra booking chalet, booking flight, 3 hari 2 malam. dah terfikir dah waktu tu akan period tapi tak period pun. dalam hati macam ouhh bestnya tak period. sebab kalau period confirm ah senggugut mana ade mood nak honeymoon. Tapi memang agak berhati-hati (tak melompat, tak lari-lari) sebab instinct ada cakap "aku ni macam pregnant" tapi taknak bagitahu Munzir sebab dia macam takde perasaan and aku syok sendiri nanti. so senyap-senyap jelah.
Lily Hannah in 6 weeks:
Balik Langkawi, 2 hari period delay. Apps mengandung dah install awal-awal. HAHAHA gelojoh. Apps tu kata kalau pregnant dah 6 minggu dah kiranya. pergilah cek UPT. double line tapi macam samar-samar. Tunjuk kat Munzir. dia senyum pun tak. masam je. hmmm je dia kata. aku pun ada sedikit down. tapi aku tahu dia macam tak ready sangat pun. aku cakap nak beli Clear Blue. Munzir kata membazir. apa lagi, muncung lah aku. tapi last-last beli jugak. Hasilnya. POSITIVE! aku dah terkekek-kekek happy dah tapi Munzir cam...... entah lah dia tu, kecelaruan emosi kot. aku tanya boleh bagitahu family tak? dia kata sukatilah. Lepas bagitahu maka happylah sekaliannya. kecuali pakcik aku, dia left group. Hmm. takpe, aku faham.
Lily Hannah in 7 weeks:
Atuk Lily meninggalkan kami kerana sakit strok, serangan jantung, sesak nafas, kidney failure dan macam-macam lagi. Kami rodho je sebab abah dah lama sakit tapi waktu kat hospital tu tangan aku kejung dan aku muntah teruk. Kesian Lily tak dapat main dengan atuk dia. atuk dia sangat suka budak-budak. ramai suruh aku bersabar sebab mengandung ni tak baik stress. aku tak stress pon. sedih pun sedih sebab orang pujuk kalau tak aku rilek je. AL-FATIHAH untuk Abdul Rashid Bin Talib.
Lily Hannah in 12 weeks:
Morning sickness teruk okay! hari hari muntah asid. Munzir belikan aku macam-macm. kurma, kismis, air delima, cakap nak apa semua bagi. HEHE. dia macam dah boleh terima lah jugak dia nak jadi ayah. TIPS untuk isteri yang sibuk nak anak tapi suami macam tak ready, bagi mereka masa. they will accept the fact eventually. In fact, they will be happier than us. Nak check jantina pun dia yang terkinja-kinja. hikhik. 3 bulan muntah teruk, badan susut, tak nampak macam pregnant pun. Munzir sekali je muntah itu pun aku dah rasa kesian sangat. dia cakap dengan aku "macam mana lah sayang tahan hari-hari macam ni eh. abang sekali pun dah seksa" ohh myyy, the power of IBU MENGANDUNG. lepas muntah pun boleh senyum taw. betapa tabah nya kita tanpa kita sedar. T___T
Lily Hannah in 18 weeks:
Dah boleh check jantina. Instinct aku boy. ramai cakap boy sebab perut tak nampak pun. dengan badan susut je. 46 kg je uols. tak naik-naik. Munzir pulak instinct dia girl. family dia ramai lelaki so kali ni hope for a girl. family aku pulak ramai girl. so semua nak baby boy. Dia kata mana boleh suka-suka nak boy kalau dah ditakdirkan perempuan. ini generasi dia, dia yang tentukan. PERGHH. berlagak kemain. hiks. Tapi orang kata naluri ibu tu lagi kuat kan. HAMPEH je. memang girl pon lepas scan. muahahaha. anak ayoh ler awok ni! :)
Lily Hannah in 28 weeks:
Lily Hannah pergi konvo. Ramai kakak kakak yang usap lily hari tu. dan dah 2 kali check gender. 2 kali kata girl. pergi check 4D. area Shah Alam Avenue Padang Jawa. RM96 termasuk CD. Pon kata girl. tak berguna betul naluri mak nya nih. hahaha. si Lily ni pulak baru lepas makan pizza. dia dok hisap-hisap tali pusat. adoi, tak nampak muka. muka more to alien lagi. TAPI, aku dapat cam sekilas pandang ada part dia gerak aku mostly dapat imagine muka dia dengan jelas. jam rasa macam terhenti. aku tengok anak SUBHANALLAH. she is so pretty. Alhamdulillah. rasa sebak pun ada. tapi munzir tak kasik puji anak sendiri. orang lain puji takpe. hahaha. yela yela. munzir pulak perasan sekilas yang anak kami ni ada lesung pipit. hoih, kalau lah ada. memang muka munzir. hidung mancung mata besar katanya doktor. Wallahualam.
Lily Hannah in 34 weeks:
Rasa rindu nak tengok muka dia. waktu last pergi tengok muka tak berapa jelas kan. ingat nak tengok lah lagi. perut pun 7 bulan baru nampak. saja ah test pergi klinik lagi. ada ke patut dia tak kasik scan dah sebab baby dah besar. kemungkinan besar takkan nampak pun muka dia so macam membazir. maka, menangislah aku di klinik itu waktu itu juga. sadis sadis. sukatilah aku nak scan. aku bayor. hahaha. emo emo. tapi memang rindu tu membuak-buak. hormon barangkali. hmmm.
Lily Hannah in 36 weeks:
Dah rasa ngilu bahagian ari-ari. terus google. tanya kawan-kawan. buat survey bila nak pergi hospital. barang hospital pun ready waktu ni jugak. tetibe cam kelam kelibut. sebab kadang-kadang lily ni dia main urat-urat aku macam piano. tarik lepas tarik lepas. keluar nanti ibu tarik telinga nak? hoho. memang aktif la. aktif bermaksdu sihat. kepala pun dah kat bawah dah tak pusing-pusing dah. kalau tak macam lautan berombak perut guer. ada orang tak suka perut nya dipegang. aku pulak suka je. lagi suka bila lily respon waktu orang pegang. peramah budak ni. macam ayoh dia. ehhhh semualah macam ayah dia. haih.
Lily Hannah in 38 weeks:
Its today. anytime Lily boleh keluar. check up pun dah seminggu sekali. nervous tapi tak sabar. curious tapi takut. nak cepat tapi bila banyak kerja terus cakap kat perut "lily jangan keluar dulu ibu banyak kerja" tapi kerja mana habis weh. siap buat lawak dengan munzir nak masuk labour room nanti cakap an customer "japp ehhh, nak bersalin jap. jap lagi kita reply" muahahahaha. ngok ngek. waktu taip taip ni pun ngilu ngilu je rasa tapi wat donno je. sebab tak sakit pun. semoga semua selamat.
So Lily Hannah, anda bercadang nak keluar bila? keluar terus taw. bagi ibu push sekali je. penat ibu makan VCO hari-hari konon nak deliver senang. kalau awak keluar senang boleh lah kita berdua jadi testimoni. tak gitu? HAHAHA. semoga anak ibu jadi anak solehah, taat pada ibu ayah, jadi anak yang baik, peramah, pandai, cerdik, pintar, ALONG BIJAK SEKALI, ALONG!
gedik tak ibu mu ni LILY? muahahaha. :)
sekian. terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment