Monday, 4 November 2013

Kerana Perkahwinan Itu Membuka Seribu Pintu Pahala. Grand Wedding Convest 2013 IIUM.



assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah sudah ramai sedia maklum bahawa aku dan munzir akan bernikah pada 23 November 2013 bersamaan dengan 19 Muharram. lepas Asar di Majid UIA Gombak.


okay, persoalannya kenapa masjid UIA Gombak? kenapa bukan di Kajang (rumah aku) atau masjid-masjid berhampiran?


kita refresh semula.
Sabda Rasulullah saw,

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.


kalau mengikut jangka masa ikatan pertunangan aku, aku dan munzir akan disatukan pada bulan 6 tahun hadapan. tapi percaturan Allah itu hebat. kita merancang, dia memberi ruang. dan aku tekad. perkahwinan ini dipermudahkan. :)


aku fikir balik, apa yang aku nak kan dari hubungan ni. YE, aku nak hubungan yang halal. apa guna 3 tahun berkawan tapi tiada satu pon yang mendatangkan pahala? bukankah jika suami isteri itu memandang masing-masing penuh dengan kasih sayang, pahala buatnya. jari jemari yang digenggam erat, gugur dosa melalui jejarinya. apa yang orang dok kata sweet sweet tu sebelum berkahwin tu semua takde makna. serius.



generasi kami (remaja hingga awal 20-an) didedahkan dengan kempen, dan pendekatan-pendekatan yang menyeru kami supaya menjauhi maksiat, percepatkan pernikahan. perasan cinta itu fitrah, jangan nafikan. jangan terlalu ego mengangkat adat itu paling utama. tak cukup duit jangan harap nak kahwin dengan aku. fikir balik, sayang ayah tak? dosa kita ditanggung oleh ayah kita selagi kita belum berkahwin tau. kita keluar, pegang tangan, sweet-sweet kat luar, berdua-duaan, peluk-peluk, siapa tanggung dosa kita? yup. ayah kita.


aku ni jahil agama weh, serius. tapi aku tak pandang benda ni remeh. aku rancang betul-betul dengan munzir, aku nak bina masa depan dengan dia bukan atas nafsu semata-mata. aku taknak dakwaan lepas kahwin, semua carca-marba, pelajaran merosot, gaduh hari-hari itu jadi kenyatan. (ramai takut bagi anak kahwin muda sebab takut tak bersedia dari segi mental dan fizikal) tapi, itu semua terletak pada diri kita sendiri. kalau tak yakin, ye kahwin lambat pun takpe. tapi jauhi maksiat? maksiat mata? maksiat hati?  mampukah kita?




sambil-sambil fikir, aku belek-belek phone, aku bukak instagram. aku nampak banner di atas. Grand Wedding anjuran UIAM. dari baring, aku terduduk.

  • 2 persalinan untuk pengantin lelaki dan perempuan.
  • bridal throne.
  • catering.
  • performance.
  • elegant wedding cake.
  • gift box.
  • free photoshoot.
  • wedding invitation card.
  • media coverage.
  • walimah di dewan utama.

bukankah ianya seperti perkahwinan idaman semua? bukankah kita kumpul duit memang untuk perkara-perkara tersebut? tapi yang bestnya pasal segala mala atas ni, tutup mata keluar 5 ribu, yang lain semuanya DITAJA. cepat-cepat tengok tarikh. 23 November 2013 tarikh event tersebut. tengok tarikh tutup, perghhhh seminggu lagi. aku call munzir, ajak dia join. dia setuju camtu je. hahaha. aku whatsapp Fatini (nombor yang diberi di banner) dan dia reply. dup dap jantung aku.


aku berhenti kejap. coppp, betul ke ni. kalau aku join, bende ni bulan depan. tak ke sakit jantung mak ayah aku, family aku dan kawan-kawan aku? benda ni bukan main-main. hahahaha. apa pendapat diorg? apa yang diorang fikir? apa apa apa? ahhhhh redah. aku bukan susahkan orang. (kejam tak cara aku fikir? hahaha) plus, everything yang pihak UIA offer ni semua committee Grand Wedding yang uruskan.


aku berhenti lagi. aku fikir abah. dengan keadaan abah yang tak mungkin dapatkan uruskan perkahwinan aku ( lumpuh separuh badan ), dengan mak yang mungkin akan banyak salurkan duit ke arah perubatan abah, why not aku senangkan diorang? aku dapat perkahwinan yang sempurna tanpa susahkan orang tua aku. cuma tu laa.. jemputan 200 orang je dan perlu ikut syarat UIA iaitu buat di tempat mereka. but why not? menjamu tetamu dengan niat meraikan ikatan yang terbina. itu anytime boleh buat, kenduri kesyukuran, open house, singgah-singgah rumah, dan walimah di belah lelaki aku ajak semua. ape de hal. dan aku tahu, ramai sokong aku, kalau yang tak sokong tu, kita bagi dia ruang untuk faham. hiks.


Alhamdulillah, abah yang mulanya tak berapa nak setuju, aku buat juga sampai abah setuju. 5 minit lepas tu abah setuju. hahaha. benda yang aku tekad ni, memang aku buat betul-betul. so, here we are... bride and groom-to-be less than a month from now.




dan aku kagum dengan pihak UIA. objektif mereka memang tercapai. PERMUDAHKAN PERNIKAHAN. kami akan dinikahkan bersam 4 lagi sahabat yang lain serentak. masing-masing bukanlah orang susah pun, and we dont need to be 'orang susah' untuk perkara macam ni. in fact, masing-masing dapat jimat hampir puluhan ribu simpanan masing-masing. menjadikan objektif perkahwinan itu termaktub, simpanan adalah untuk selepas kahwin bukan semasa kahwin. wedding planner mereka bukan calang-calang. susun atur majlis begitu terperinci, jemputan akan dijamu bagaikan VVIP (setelah melihat floor plan), persalinan yang akan kami gayakan adalah persalinan baru, commitee grand wedding sangat komited dan bersungguh-sungguh. sikit pun tak kacau jadual harian kami. aku rilek je pergi kelas ni. hahaha.



yang paling tak menahan, mak abah aku rilek je kat rumah. LOL.



mungkin ada sibuk sikit-sikit tapi untuk persiapan diri sendiri je. borang kahwin bla bla bla. hingga aku umumkan tarikh. aku borak sikit-sikit dengan teman-teman rapat. and you know what, almost 100% kawan-kawan yang dah berpasangan, dah bertunang, marah apsal aku tak ajak diorang. HAHAHA. see, kitorang sebenarnya nak permudahkan parent masing-masing. aku yakin, aku join pon bukan sebab nak kahwin cepat semata, aku BERKEMPEN sekali. Ada media coverage kan? insyaAllah keluar TV3 soon. korang tengok lah apa aku nak cakap nanti. KERANA PERKAHWINAN ITU MEMBUKA SERIBU PINTU PAHALA. 


kadang-kadang terfikir, kenapa kami yang dipilih, macam mana tergerak hati aku nak buka instagram waktu tu, macam mana aku tekad whatsapp Fatini..

aku hela nafas, aku ambil itu sebagai kasih sayang daripadaNya.


bersambung....




8 comments:

  1. masa ko announce tarikh kawin ko, aku tak terkejut pun. sbb ko dah tunang kan, so aku mcm get ready je tunggu tarikh kawin ko, aku nak dtg. cuma aku mcm pelik, eh kenapa dekat masjid UIA. sbb rumah ko bukan dekat area Gombak. Rupanya ko join Grand Wedding ni. Event ni mmg kalau tak silap aku, UIA dah beberapa kali buat. And bukan setakat Grand Wedding atas nama je, kalau tak silap aku mmg grand la. hehe.. Kalau kat UIA ni, bab2 kawin mmg settle. Sbb nye dorang mmg nak memudahkan org muda membina masjid. Tak payah susah2 nak risau benda2 lain. Yg penting kita ikut cara islam ye dok? Go Su and Munzir!! Aku rasa pilihan tepat la ko join benda ni. Korang pun dah lama kenal kan. Nak tunggu apa lg, kawin jelah. Boleh kuar TV! hwahaha.. Aku nak intai la dekat masjid UIA tu nanti, nak tngok ko nikah. Agak2 boleh dok? (^_^)

    ReplyDelete
  2. semoga ALLAH sentiasa memberkatimu. Selamat pengantin baru in advance :)

    ReplyDelete
  3. what the beautiful of Allah's resolution...syabas su & munzir.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, rezeki surina.. Tahniah su.. ;)
    Kalau kita niat baik, Allah permudahkan segalanya kan...

    ReplyDelete
  5. Hi..nk tny..kalo tetamu ad limit x..sbb ad org ckp limit tok 10 org je..n taon ni ad x..cne nk dptkn info ek..huu tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada limit 1 kapel 200 tetamu. tapi maaf grand wedding kami yang terakhir. dah xde dah lepas ni

      Delete
    2. kenapa dah tak buat kak? lpas ni uia still bg bantuan x utk student marriage? allowance ke,, any support ke??

      Delete
    3. entah lerr. kita bukan ajk uia . ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...