Monday, 17 September 2012

Pengalaman Saya Buang Tahi Lalat Menggunakan Laser.





#update: nombor telefon yang dipaparkan adalah untuk hal-hal jualbeli Catalyst sahaja. saya dapat beratus call/whatsapp/msg sejak entry ini di post untuk bertanya perkara yang telah saya jelaskan di blog. untuk memudahkan anda saya telah bold kan maklumat yang sering ditanya seperti tempat, harga dan kesannya. untuk landmark saya minta maaf saya tak ingat. terima kasih sudi baca dan menjadikan blog saya sebgai rujukan. love all. :)#


untuk rujukan seterusnya:







salam,


okay, selepas 18 tahun... officially saya dah tak ada tahi lalat lagi di muka. tengah membiasakan diri dengan muka baru. ecehh baru lah sangat. tak ada tahi lalat je kot. but it really different. bayangkan saya ada TIGA tahi lalat besar dan EMPAT BELAS tahi lalat kecil kat satu muka. macam manalah tak lainnya bila semua dah tak ada?



reason why i remove all the moles?
  • tahi lalat besar itu telah cenderung kepada kanser kulit.
  • tahi lalat tersebut telah bertukar tona warna dan semakin membesar.
  • tahi lalat kecil akan tumbuh sekali seminggu dan membesar.
  • semua tahi lalat itu hidup cuma ada yang timbul dan ada yang leper.
  • pakar kata tahi lalat akan terus tumbuh dan tumbuh kerana genetik. 
  • bawah mata dan atas mata semakin membesar dan akan mengganggu penglihatan.
  • keyakinan diri turun mendadak walaupun muka ni muka tak tahu malu. hee.
  • pernah diejek dan dipulaukan waktu sekolah rendah.
  • bila dah menengah masih diejek tapi dah berani sikit nak lawan balik. huhu.
  • bila tangkap gambar obviously tahi lalat akan lebih menyerlah dari tuannya.
  • dan bila you all ada di tempat saya, you all akan tahu macam mana stress nya ada tahi lalat yang kononnya pemanis muka ni ada sebesar-besar alam di muka.
  • dan banyak lagi.... 

saya pernah nak buang sendiri sebab rimas dan beli ubat sapu yang akan buat tahi lalat akan tanggal sendiri dalam masa dua minggu, pernah ikut petua nenek moyang whatsoever, pernah cuma tanggalkan sendiri but everything is useless!!! malah berparut dan jadi semakin stress. worst. please jangan guna.

bila raya je orang-orang tua akan tegur dan pandang macam tahi lalat ni menjijikkan. dan ramai bagi cadangan pergi buat kat orang cina ni lah, hospital kerajaan la, tapi saya buat bodoh je. sebab saya tak suka cara diorang layan saya. sorry. this is my face and you have no right to say anything. saya malu bila topik perbualan is about tahi lalat saya.


saya percaya ramai sangat senasib dengan saya sebab bila buat research 'mana nak cari rawatan buang tahi lalat' and there are thousandssss yang tanya the same question tapi tak ada seorang pun yang jawab kat mana and berapa kos dia. stress tahu? so this is for you guys yang in the same shoes with me. :)


i went to Kepong lepas dah list up beberapa pakar kulit after deciding nak buat  laser sebab taknak berparut. giler hape nak parut parut kat muka macam gangster. heh. matlamat asal adalah nak servey harga and mintak quotation in that day. sebab i ada certain budget, if over the limit then i go to other place. carik punya carik tak jumpa, last-last ternampak satu klinik nama dia 'Poliklinik Medikulit' (tak ada dalam list pun) . masuk jelah lagi pun receptionist dia melayu dan bertudung. rasa macam selamat sikit. heee.


so i simply ask 'akak, saya nak tanya, sini ada treatment buang tahi lalat pakai laser tak?' akak tu jawab ada. then dia mintak i.c and suruh duduk for next meeting dengan doktor. ehh senang nya?  bukan banyak prosedur eh?  after half an hour tunggu dengan amoi-amoi yang nak buat botox, saya dipanggil masuk. and if you know me, saya ni sangatlah banyak tanya plus risau coz tak pernah buat kan, saya rasa doktor tu nak cekik cekik saya sebab rimas tanya macam macam. muahahaha. takdelah, doktor tu baik. :)



S: saya nak buang tahi lalat guna laser.
D: boleh.

S: ada side effect?
D: nope.

S: ada pantang lepas buat?
D: tak ada.

S: berparut tak?
D: if you kopek-kopek waktu kering boleh jadi parut.

S: sakit tak?
D: nanti kita bagi bius untuk yang besar. 

S: lepas buat ni kena buat lagi tak?
D: yang besar mungkin kena buat lagi sebab dia ada akar.

S: err, kenapa macam senang je ni. (musykil) you rasa i boleh buat tak?
D: habis tu you datang untuk apa?

S: boleh jadi penyakit lain tak?
D: if you ada klijdhcohidnhcuj (penyakit kejadah apa i tak ingat, kind of allergic) i tak kasik you buat. (sambil tunjuk image penyakit tu. erghhh)

S: fuhhh. i tak ada semua tu. 
D: so okaylah you boleh buat.

S: errrrrrr... harga?
D: mahal sikit lorrr. besar RM80. yang bawah hidung tu RM60. yang kecik kecik RM40.  :)



mahal dia kata?! aku bajet RM500 kot untuk satu tahi lalat. memang aku tarik nafas lega lah. tak over bajet langsung! then dia kata boleh buat lepas ni, boleh la pergi minum minum makan dulu lagi satu jam datang balik. perjalanan nak pergi makan tu aku menangis tak henti-henti. tak tahu apa yang sedih sangat. hahahahaha. takut pun iye jugak. tapi nasib baik ada supporter kat sebelah. mulut aku dok doa je macam lah nak pergi mati kejap lagi. hiks.



so, this is my face before the treatment. baru lepas nangis. hehehe. yang kecik-kecik memang tak nampak sebab pencahayaan.



after makan-makan dan sesi motivasi daripada encik teman, saya terus melangkah dengan menggigil gigihnya. so, this female doktor start her session. sakit? memang sakit sikit sebab terkejut.




saya tak tahu macam mana tapi tiap kali dia laser saya akan bau bahang. lagi-lagi yang bawah hidung. dan lah besar, so bahangnya lagi lah bau. berasap-asap muka saya kata encik teman yang turut berada disitu. 



ni after session buang yang kecik-kecik. menangis jugak. hahaha. sakit nya sikit je tapi takut punya pasal. nasib baik nurse dia baik baik. :)  dan yang besar dia bagi bius lagilah tak rasa apa. yang kecik lagi sakit. sobss. 



habis je buang semua, nurse letak ubat antibacterial. putih-putih muka plus dengan mata sembab menangis. tak ubah macam pontianak dah aku rasa. haihhh. =.='


this is an hour after the treatment. 



so, semua sekali is RM360. dalam satu jam semua selesai. saya lama sikit sebab banyak. kalau tak satu tahi lalat 5 minit je. sekarang muka tengah berkudis sebab kira tempat tahi lalat tu jadi luka kering la. hari ni dah 3 hari dah start gatal gatal sebab nak baik. nenek bagi ubat gatal dah setel. huhu. 


saya kena tambahkan vitamin kat kulit dan doktor cadangkan antioxidant sebab kulit cepat tumbuh tahi lalat. saya tak boleh kena panas rupanya. oh oh saya puteri lilin. selalu pakai redah je. hehe. and now dah order Mary Kay sun block dan tak sabar nak tunggu parcel datang rumah. yeayyy! 


apa apa pun if you have same problem with me, cakap dengan doktor dan buang terus. masalah seperti jerawat ke jeragat ke, nak hilangkan kedutan ke, kulit muka tak sihat ke, sila ambil vco Catalyst sebagai supplement. hahahaha.


sempattttt!!!!



bye.



p/s: terima kasih sudi membaca entry yang panjang ni. :)






83 comments:

  1. err...walaupon ade bius,tp still x pengsan kan.mesti dgr bunyik2 ni ek

    ReplyDelete
  2. aishhh mana ada pengsan. menggeletar je. hahah

    ReplyDelete
  3. tulah pasal, rasa muka cam dah lain, tp ada yg kata tak. konpius sudahhh. haha

    ReplyDelete
  4. ooooo..so ko cadangkan aku buat ke tak? hahaha.. *serius ni*

    ReplyDelete
  5. aku mencadangkan supaya engkau tidak buat *serius jugak* sebab tahi lalat ko tak de ciri2 kanser. seperti berbulu, dan tona warna tak sekata. n kau manis dengan thi lalat tu. :))

    ReplyDelete
  6. Suriz, boleh bg contact no poliklinik tu tak? Sy ada nk buang satu kt hidung..makin membesar tp kecik sket dr ex-mole awk yg kt atas bibir tu...
    Seyesly mmg setuju sgt bila awk ckp, masalah nie bleh wt kita hilang keyakinan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf xtaw pon nombor klinik tu sebab pakai redah

      Delete
    2. Sory kak nak tanya, contoh nak kecilkn sahaja boleh x? Sbb taik lalat saya kat dagu, semakin membesar saya xnk buang.. tapi nk kecilkn jew.. terimakasih

      Delete
  7. Boleh bg contact no klinik tu tak? Mekaseh...:)

    ReplyDelete
  8. alamak, contact number dia tak ada lah pulak... sebab hari tu pakai terjah je klinik tu.. nanti saya cek balik okay

    ReplyDelete
  9. janji kamu sudah ada confident:)

    http://inijojomerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ....kesan buruk eyh kalau guna produk yg untuk tanggal dalam masa seminggu dua camtu? Sbb saya ada tgk satu produk nama klasik indah...akak rasa ok ke?

      Delete
  10. kalo nak buang tahi lalat mati bole tak??sy nye tahi lalat mati sebesar ibu jari....

    ReplyDelete
  11. kalo nak buang tahi lalat mati bole tak kt klinik tu???sy ada tahi lalat sebesar ibu jari....

    ReplyDelete
  12. @faizal.. boleh.. saya sendiri ada buang tahi lalat mati

    ReplyDelete
  13. Nak tanya nama penuh klinik dan lokasi kat mana?

    ReplyDelete
  14. Nk buang jeragat boleh takkkk????

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti cuba tanya doktor kat situ. tq

      Delete
  15. Awak nmpk cntik n unik dgn tahi lalat tu sbnrnya... ;-) tp its ok klu bnda tu dah mmudaratkn ,so kne buang..tp serius sy suke tgk ur face dgn tahi lalat.. Rs mcm nmpk lg berseri..

    ReplyDelete
  16. Nak mntak almat pnuh klinik tu boleh x?

    ReplyDelete
  17. Nak mntak almat pnuh klinik tu boleh x?

    ReplyDelete
  18. nak mintak alamat penuh tu leh x ?

    ReplyDelete
  19. terima kasih bagi info nie... appreciate sgt2 :D

    ReplyDelete
  20. If i klik dkt link poliklinik medikulit tu...akan kuar web page klinik tu...yg tu ker...

    ReplyDelete
  21. Salam...
    If i click dkt link poliklinik tu...akan kuar web page klinik tu...yg tu ker klinik yg u pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...sakit tu rase mcm mn yek...sgt2 ker...i nk buat esk...

      Delete
    2. insyaAllah la xdelah sakit beriye2

      Delete
  22. waah,,,dh cantik dah muka miss surina,,, bnyk kali tcari2 jugak sbnrnye post pasal buang tahi lalat,nsib baik jumpe blog ni...thanks!! :)

    ReplyDelete
  23. kat klinik tu boleh hilangkan parut kudis tak?

    ReplyDelete
  24. bleh tau tk kat mne lokasi. tp klu bleh detail la sikit. so nnti sng nk carik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak detail usaha sikit lah... sy dapat bgtahu yg sy tahu je. tq

      Delete
  25. Blh bg cntnt number klnik tu x sis..?

    ReplyDelete
  26. you buat laser tahi lalat besar 80 ja ke? i kena tipu ke ni...huhu..bukan laser letak ubat abes 100 dah kat penang..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah 80 je tok yang besar... laser.. kene tipu lah tu

      Delete
  27. serius ke 80 ja untuk tahi lalt besar dengan laser..i buang 100 dgn ubat..kena bohong dah ni..huhu..dia kata beratus klo laser..awak buat bila ek?

    ReplyDelete
  28. Saya baru buang tahi lalat semalam kat klinik yang sama lepas baca blog ni. Sekarang ada bekas merah kat tmpt tahi lalat tu, nampak buruk sangat. Bila la agaknya nak hilang. Lepas cuci muka je ada keluar darah sikit kat tempat tu. Hukhukk. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh biasalah tu, xkan nak terus cantik.mesti luka dulu. cuba makan vco catalyst.

      Delete
    2. Ya ke.. Masa awak buang dulu, berapa lama ambil masa untuk scar tu heal? Saya rasa malu sangat nak keluar rumah, tapi terpaksa gak sebab kerja. T___T

      Oh by the way thanks sebab share experience awak kat sini. Kalau tak saya pun tak tahu kat mana nak cari tempat untuk buang tahi lalat yang memalukan ni. Nak tanya orang, malu. Huhu.

      Delete
    3. dalam sebulan juga laaa.. ohh sama-sama. :)

      Delete
    4. Bole try lotus mole cream kutil 7biji kat muka i ilang da... pakai mekap pun konfiden xde bongol2

      Delete
  29. berseri2 lepas buang tahi lalat tu.. boleh bagi banyak beza rupanya kan...

    ReplyDelete
  30. hi dear poliklinik medi kulit dekat kepong ya?

    ReplyDelete
  31. Hi dear, Poliklinik Medi Kulit tu dekat kepong ya?"

    ReplyDelete
  32. hi dear,sy pn ade mslh sama jgk..
    so,lps treatment ni xde effect ape2 ke kt muka?or kesihatan u?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tak ada apa2 effect. :)

      Delete
  33. thanks dear.. i dah buat apoiment btw berdebar sangat .. ada satu tahi lalat kecik cm u bawah hidung ,.. huhu sakit sangat ke??

    ReplyDelete
  34. tq dear.. i dah buat apoiment.. tp berdebar sgt..sakit sgt2 ke? i ada satu tahi lalat bawah idung cm u..

    ReplyDelete
  35. salam. saya baru buang tahi lalat kat hidung. u ada mentioned mkn VCO Catalyst. boleh order yang itu tak?? nak se sangat.

    ReplyDelete
  36. slm. sye baru buang tahi lalat di hidung last 3 days. mcm mana nak order VCO catalyst. pls sahre yr experience. nak se sangat.

    ReplyDelete
  37. masa bius gila sakit megalir air mata huhuhu.. pegalaman yg xkn di lupakan tahnks for this entry ya .. nak tanya berapa lama kesan ni akn kering ?saya cm naik bernanah je .. risau plak hari nie day 2 .. dh la bawah hidung..

    ReplyDelete
  38. Boleh bg accurate location or landmark x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poliklinik Medikulit & Surgeri, copy paste kt google nnt kluar, kt kepong, opposite aeon kepong...

      Delete
  39. Salam sis,
    Skrg macam mana kesan bedah tu?

    ReplyDelete
  40. Aslm. Sy nk tanya. Kalau tahi lalat yang tak timbul, boleh buang juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure. im not the expert. rasanya boleh. :)

      Delete
  41. Salam mizz.. ni klinik di sekitar selangor dn kl untuk buang tahi lalat..https://www.mydoc.my/ms/clinics/mole-removal/malaysia.

    ReplyDelete
  42. tahi lalat kecil kalau dah buang akan tumbuh balik ke?

    ReplyDelete
  43. sis so sekrg tempat tahi lalat tu ada parut tak letakle gambo yg dh takde tahi lalat tu...

    ReplyDelete
  44. akak sabtu klinik tu bukak x?

    ReplyDelete
  45. akak mole yg besar akk buat treatment laser tu brapa kali?bke skali je akk buang?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...