Wednesday 20 March 2019

Pengalaman Putus Susu Andika Hayyan

Assalamualaikum! 

yes betul tepat dan benar sekali sue ada blog. hahahaha.


Tepat 2 tahun, Andika Hayyan yakni anak kedua Surina dan Munzir berjaya putus susu setelah exclusive breastfeeding selama 2 tahun. 


Ramai sangat dah tanya (cett macam ramai je kekeke tapi serious ramai) sue macammana macam senang je putus susu badan Hayyan ni. omakaihhhh, tak senang okayy gaisss, jerit payah dia tak terkata tapi Alhamdulillah berjaya juga lah. Nak bagi tips pun macam tak layak sebab macam dipermudahkan semuanya tapi lebih 10 dah yang tanya, tak sanggup lah aih taip satu-satu balik. kita post satu entry. on?


Kenapa rushing sangat nak putus susu badan sedangkan susu badan masih ada?


Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah, 2:233)


1. Menyusukan anak sehingga 2 tahun itu adalah hak ibu dan bukan kewajipan. kalau korang rasa sanggup dan okayyy anak korang mengempeng sampai dia besar gedabak, teruskan lah. tapi if dah rasa mudah untuk korang buat kerja, ngam 2 tahun boleh putus susu dah. 


2. menyusu ni bukan macam yang kita tengok tau. baring. if tertidur nampak cam tengah berehat je. padahal, sakit pinggang, cramp kaki terngeliat sendi rusuk kau tak nampak. bapak-bapak memang senang, anak lapar, pass kat ibu. sedangkan tanggungjawab memberi makan anak tu, tanggungjawab bapaknya. Statement general tau! bukan suami iols. munzir bapak yang toleransi. hahaha. dia yang minta stop and support sampai 2 tahun. 



2 tahun 13 hari hari ni. genap 13 hari wean off


SO APA YANG SUE BUAT?

1. KENAL ANAK KORANG MACAM MANA. korang hidup dengan dia sepanjang dia lahir sampai sekarang kan? korang je boleh handle tantrum dia. memang. memang dia akan mengamuk teruk kadang kesiannya Ya Allah. macam kelaparan sangat tak dapat susu tu tapi percayalah dia nak korang peluk dia sebab waktu menyusu je dia dapat sedap kena peluk tu. so jangan stop menyusu dan STOP kan sekali pelukan ibu tu. memang anak akan rasa kehilangan sangat. PELUK anak lebih kerap daripada yang dia nak. 


2. GANTI DENGAN MAKANAN DAN MAKE SURE ANAK SENTIASA KENYANG. macam sue memang dah sesiap suruh munzir belikan susu segar 2 bulan 3 bulan sebelum genap 2 tahun supaya badan dia ready ada susu lain selain susu badan ibu dia. rasa of course lain, tapi bagi jelah, experiment mana susu yang sesuai sedap tekak anak kita. susu tau, bukan vitagen ke, lolipop ke, SUSU.


3. SLOW TALK. cara ni nampak macam tak releven je sebab budak kan, manalah dia faham apa kita cakap. PERCAYALAH SEBENARNYA DIORANG FAHAM. tapi jangan cakap waktu anak korang tengah mengamuk tu. cakap waktu diorang tengah bertenang. peluk dia kan, cakap "hayyan dah besar tau. big boy dah. nanti ibu bagi hayyan minum susu kat cup nak? macam kakak. bestnyaaa" "hayyan jangan bukak baju ibu depan orang, malu lah ibu. kesian ibu" sambil cakap tu sambil belai lah ubun-ubun dia, main jari geletek dia. cipta moment. 


4. SIAP-SIAP SUSU/AIR WAKTU TIDUR. waktu tidur adalah waktu dia mintak susu tanpa sedar sebab dah 2 tahun habit dia macam tu kan. tak kan senag-senang dia nak lupakan. NEVAHHHH! so berkorban sikit 2 3 4 5 malam dengar dia mengamuk taknak air dan nak jugak susu. bangun dan pujuk dia kalau hayyan haus, ni ibu bagi air. ada kacau sikit masa tidur kita tapi tang ni suami dah boleh tolong dah. suami tu kemain ehhh tido terbongkang biar bini hadap semua. jentik hidung satu kaleyyy. anak nangis je terus tolong suap air/susu. sama-sama lah. anak bersama kan. 


5. TAHAN ANAK MENGAMUK DAN JANGAN MARAH BALIK. macam sue awal-awal ni memang sue terus tinggalkan kerja sue dan mengadap dia. sama macam waktu sue menyusu dia cuma kali ni sue ganti peluk dan main dengan dia. kadang dia mintak baring dengan dia je. hisap jari. tapi tangan merayap jugak masuk dalam baju. tahan perasaan je. kesian betul tapi itulah hidup ye nak. tak semua nak kita akan dapat. kekekeke. 


6. SUPPORT DARI SUAMI. suami memang main peranan penting. readykan makan yang secukupnya, mak tinggal hidang/bagi je. waktu anak mengamuk, suami perlu ambil tindakan memujuk jugak anak "kesian ibu.. nanti ibu sakit pinggang. hayyan minum susu ayah beli.. sedapppp" sort of. pandai-pandai korang pujuk anak tu. janganlah dibiarkan anak tu jadi juon peluk kaki mak dia sana-sini meraung suami tengok handphone je sebab tak tahu nak buat apa. grrrr. kerjasama ibu ayah tu penting je tuan puan.  


7. VITAMIN. susu ibu ni adalah sumber imunisasi terbaik untuk anak kan. bila kita putuskan susu dia kemungkinan untuk anak jatuh sakit tu ada naik sikkkkkit. sebab badan kita dan tak supply zat zat yang selama ni dia amik. so, pentinglah untuk korang sediakan dan berjaga-jaga. vitamin C, chewable tu ready lah sesiap. macam hayyan favourite dia VCO (kunyah je 2 kali sehari), chewable tablets untuk bebudak tu, belilah kat farmasi. lebihkan membaca what do's and dont's. 



bila putus susu ni start senang nak selsema. gantikan zat anak dengan pemakanan yang terbaik okay. :)


Kata kunci dia adalah korang yang kena sabar. jangan cakap anak kita tak boleh lah, anak sue senang. anak sue sama je macam anak korang jugak. nampak baik je tenang je sebab waktu mengamuk memang tak dan lah nak post kan? kekeke. di belakang tabir, hayyan tu hentak sue, kick ibu dengan tumit sampai lebam-lebam badan. kita dapat kawal je bagi dia tak buas. kita yang kawal dia, bukan anak kawal kita. badan sue berapa banyak lobam bapak dia je yang tahu. T__T


Hati kena sado ye ibu-ibu. lebih cepat kita sado lebih cepat anak faham hipotesisnya. memang dia mengamuk macam nak keluar anak tekak. tapi slowly dia faham yang dia dah tak menyusu dengan mak dia lagi dah. tapi kasih sayang masih macam dia tu baby lagi. gitewwwww. macam Hayyan, nanti tiba-tiba dia cakap "hayyan dah big boy lah. Malulah!" dia mengomel sengsorang. means, dia faham je...kadang terlepas jugak dia cakap "ibu, nak susu...ehh.. hayyan nak ibu baring hayyan.. ibu peluk hayyan" zapp. terus peluk dia.


kita lah mak-mak ni. berkorban sikit naa... runtun hati tengok anak menangis, bagi je lah. memang sampai ke sudah dia mintak sebab dia tahu bila dia nangis mesti dapat punya.  insyaAllah korang boleh buat. ni semua mainan minda walaupun efek dia sampai ke fizikal. kehkehkeh!



kakak Hayyan. Lily Hannah pun selalu pesan kat adik "adik dah big boy kan? adik nak minum susu ke? kakak tuangkan. nak?" pehhhh sejuk perut ibu. bagus kakak! hehehe.


Semoga ada sedikit manfaat pada ibu-ibu yang sedang usaha putus susu anak. chaiyyok chaiyyok!! lebih lagi pada yang nak conceive for next baby. make sure badan kita kuat dan ready nak bawak nyawa baru. folic acid, susu kambing, dan repair lah mana yang senget benget tu. alang-alang putus susu tu dah boleh la up up kan apa yang patut. breastfeeding ni buat breast jadi saggy kan. boleh la adjust balik. untuk suami jugak kan. so dia pun kenalah support bini putus susu. hakhakhak!


next entry pasal Lily Hannah bebas-lampin pulak. InsyaAllah. till next time!


hugs,
Surina


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...