Tuesday, 28 August 2012

Teori : Baka



salam,



ni memang sukahati aku je nak update waktu bekerja. Ehemm! tiba-tiba teringat satu teori kawan aku selepas ada beberapa persoalan yang bermain di minda. 'KENAPA PERANGAI ADIK BERADIK BERBEZA TIAP SORANG WALAUPUN DARI IBUBAPA YANG SAMA?' mana datangnya peribahasa 'DALAM SETANDAN PISANG, MESTI ADA SATU YANG BUSUK?' hmmm. why baby why?



contohkan macam aku, garang semacam, suka melawan, boleh sound orang sukahati hidup aku je, suka mengemas dan pelbagai perangai yang tak sama langsung dengan adik beradik aku. kakak aku jenis yang cool-cool sikit, suka buat kelakar, penyabar, dan suka buat benda-benda annoying. adik aku pulak penakut, gangster je lebih dalam hati ada taman, kasar, dan suka memasak. 





kenapa? sedangkan emak dan abah kami orang yang sama. so, wujudlah teori kawan aku yang boleh lah kalau nak diterima pakai, waktu mengandungkan sorang-sorang, perangai ibubapa kita waktu tu lain-lain. sebab tu sepanjang merancang nak buat anak, ada orang yang jaga tingkah laku, elak buat dosa, jadi orang baik kemain, sebab nak anak mewarisi perangai yang baik-baik tu. kalau baik, baiklah anak dia.



jadi, adakah perangai emak abah aku tak semenggah ketika membuat, mengandung, dan melahirkan kami? ehh tak tak. banyak yang baik-baik diturunkan kat kitorang tapi takkan nak cakap, boleh jadi riak. hiks.



tapi kalau anak tu tak jadi orang, jangan salahkan ibu mengandung. perangai huduh tak semestinya perangai emak bapaknya pun huduh. dah jalan hidupnya macam tu dan mungkin juga Allah nak uji ibubapa. mana kita tahu kan?



tapi memang patut pun ibubapa jaga kelakuan bila-bila je tak semestinya waktu nak dapat anak, lepas dapat pun kena tunjuk contoh yang baik, kalau tak jangan lah nak expect anak tu baik macam malaikat.


bye.




1 comment:

  1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...