Thursday, 30 March 2017

Pengalaman Bersalin Anak Kedua : Andika Hayyan

Salam Alaik!

Setahun sekali gamaknya menulis di sini sebab urat putus belum bersambung (mula tak ingat macam-macam adoi la), dan sebelum banyak lagi urat murat tak berhubung (Nauzubillah), baik simpan siap! hiks. 

Rasanya friends dan kenalan kat FB nak muntah hijo dengan Ibu Lily Hannah meroyan kat status bila nak beranak, bila nak beranak, bila nak beranak. HAHA. sukahatilah kan nak up status apa pun, sebab memang waktu sarat tu dah hampir tiap malam tak boleh tidur. sesak nafas, kaki kejang, nangis tu macam rutin harian, suami pun dah penat tengok agaknya. Huhu. zaman teknologi pulak semua benda nak share. kahkah. okay enough.

kitorang expect Hayyan keluar awal la macam kakak Lily dia seminggu awal. tapi expectation kitorang kelaut mati. awal hapenye. Siap overdue. tak lah lama 4 hari je tapi rasa lama lah sebab expect awal kan. baju pun dah pack rasanya 2 bulan dalam kereta. hari-hari jalan, makan pun dah habis makan semua benda yang nak makan. ice cream siap buat stock makan hari-hari. Munzir pun layankan aje nak makan mana. mahal pun mahal lah asalkan baby keluar dalam keadaan ibu baik emosi dan fizikalnya gituhh. baikkan ayah! :D


 saat masih bertiga


PERASAAN? 
Mula-mula trauma lagi nervous nya nak beranak, sakitnya Allah je yang tahu. waktu lily tu urat pinggang macam kena tarik sampai putus. siapa tak trauma kan? tapi itulah ajaibnya perempuan, trauma-trauma pun tahun depan sorang lagi. HAHA. nebes punya nebes, tak keluar jugak sampai lah tiba-tiba mental begitu bersedia. rasa nak beranak hari ni sebab rasa begitu bersemangat! semua kenduri aku pergi yang jauh jauh pun ku gagahi jua. nak jalan banyak lah katakan. tapi taknak keluar jugak. 

LILY?
Hari-hari sejak perut obvious, dia akan cium dan cakap sorang-sorang dengan perut. dia memang tahu dalam tu adik dia. sampai semut lalu pun dia halau tau. okay tipu. tapi ceritanya memang sayang benor lah! tidur pun tak peluk ibu dah, peluk perut yang tegang macam nak terkeluar tu.cuma hujung pregnancy tu dia buat perangai dia Ya Allah ibu macam naik gila dah. orang kata sebab nak dapat adik, nak dapat adik. kenapa nak dapat adik kena tantrum? kenapa? why? qe purque? hilang kelembutan ibu hari-hari jadi monster. Allah nak uji agaknya kesabaran ibu ayah.Alhamdulillah lepas jugak fasa itu. dah dapat adik lain pulak perangainya. fuh! sod ba ro je.

4 HARI OVERDUE
False alarm memang hari-hari tapi sebab dah tahu macam mana sakitnya, so buat dek je. even hari yang betul contraction tu, terus selang 5 minit tau (tak beragak betul HAHAH), Munzir dah amik cuti siap bawak pergi lunch, lepas tu rilek kejap layan contraction kat rumah dengan harapan pergi hospital dalam keadaan terus 7-10 cm terus beranak. positive giler! 

overdue 2 hari


kat rumah waktu tengah layan tu, aku pandang je anak pertama aku, Lily Hannah tengah layan Mother Goose Club dia, aku rasa empangan air mata aku pecah, nangis macam nak pergi mati. aku peluk Lily kuat-kuat. Aku cakap lepas ni Lily ada adik tau. nak cakap pun sebaknya lahai. T___T aku cium dahi pipi mulut dahi badan tangan dia semua. serious lah emo gile. aku dah rindu Lily walaupun Lily depan mata. nak bertarung nyawalah katakan. mana tahu lepas ni tak jumpa dah ke. aku mati ke kan."ibu sayang Lily tau. sayang sangat." Lily pun balas pelukan aku sambil tepuk tepuk belakang aku. yes, she is very matured. dia siap pandang tempat lain dengan muka strong dia tahan nangis sebab tak sanggup tengok aku tahan sakit. sedih weh. HAHA. dah time, aku pun hantar Lily pergi rumah kaklong (Maklong dia je boleh handle Lily), aku sampai tak sanggup nak tengok Lily pergi. kakak aku dah sengih sengih go go chaiyyok dah. HUHU. 

KAT HOSPITAL SUNGAI BULOH
Pukul 2 petang, check in hotel. lolz. "puan datang kenapa ya?" "saya contraction" lalala je nurse tu. okaylah aku pun belum rasa nak teran. tukar uniform semua. Dr lelaki yang assist aku. actually memang nak elak Dr lelaki tapi surprisingly aku memang suka Dr tu. He is very polite and tanya aku seperti seorang ibu yang sedang sakit. kalau yang perempuan ada kerek sikit. sikit jelah. Cek laluan. 3 cm. WHATT?? baru 3? dia kata perut pun tinggi lagi.

okay puan. sakit sangat ke?

boleh lah.

kalau puan nak teran nanti bagitahu ya. saya cek lagi. kalau kerap cek laluan, laluan pun senang buka.

buat lah camne pun saya tahu saya beranak je. hihi.

dan disebabkan aku je macam nak mati kat wad bersalin tu, Dr semua mengadap aku je. ibu-ibu lain tak ramai yang datang sakit, diorang datang dengan masalah lain. CTG, VE, sampai aku jadi perhatian jugak lah sebab aku sorang je mengerang sambil berjalan. mak-mak lain dah cuak. muahaha. 

 tengah tahan contraction selang 5 minit

KLIMAKS
pukul 6 petang. agak cepat jugak bukaan terbuka. Lily dulu 12 jam. 6 petang tu dah 6cm. Dia suruh ready nak ke labour room. sayup sayup je suara sebab aku dah memang rasa nak teran dah. tapi aku berjalan lagi. aku cakap Dr, saya rasa sakit nak teran dah ni. jumpa munzir jap kat luar tapi kena marah dengan nurse.

'awak dah lebih 5cm, jangan keluar lagi. nanti orang takut tengok awak. pergi baring kat wad 2'

dalam hati aku, biarlah suami suami diorang ni takut. baru tahu seksa bini diorang camne. HAHA. sempat lagi tu berniat tidak baik. elok aku masuk, aku dah baring, fuhhh. sakit dia memang tak tertanggung la. terus tolak masuk LR pukul 7, nampak munzir dah siap masuk pakai uniform hijau tu. 

PART KELAKAR
Pada munzir ni part menyakitkan hati sebab dia waras waktu tu, aku rasa kelakar sebab macam tah pape sangat. aku dengan dah siap sedia nak push, Dr pecahkan air ketuban. nurse ramai tengok and tunggu contraction sebab nak arah-arah aku push. aku pun push la dengan bantuan munzir dongakkan. 1 2 3 push! tahan nafas 10 saat. tak jadi.

'tak jadi lah awak teran, kepala anak awak masuk balik. awak jangan macam ni. jangan malas malas. tengok ni kepala anak awak kat sini je. rasa tak tangan saya'

diorang ni tak belajar dari pengalaman ke, ibu contraction ni manalah nak dengar arahan. HAHA. rilek jap tunggu next contraction. tengah tunggu tu, nurse borak jap pasal bilik nak cat warna apa tah. munzir dah pandang aku.

'sayang dengar tak diorang cerita pasal cat?'

'dengar. Diorang nak cat rumah'

aku malas citer lebih-lebih kang viral nurse kecam aku. lolz. beberapa kali aku push semua tak jadi. munzir dah cuak sebab aku dah tak larat. lagipun aku memang kangkang kosong gitu je and nurse take over bila aku dah ready nak push. kelakar kan? cam main-main pulak nak beranak ni. kalau aku tak contraction, takde siapa kat kangkang aku. HAHA. 

'abang. tak larat lah. vacum lah operate ke apa ke?' kahkah. tak ke menangis laki aku tu kang. kepala hotak aku ni pikir cepatlah beranak. dah nak 1 jam dah ni. Tiba-tibe Dr senior (kot) masuk. lengkap macam baru betul-betul nak sambut baby. Barulah kaki aku dapat support tinggi sikit, katil aku baru dinaikkan palang nak pegang waktu teran. Dr tu halau semua yang ada dalam LR tu, dia tinggalkan berapa orang je yang dia nak. keadaan menjadi serious. ditolak-tolak perut aku kiri kanan. arahan jelas. puff 5 minit je weh aku teran. see! aku boleh sebenarnya, cuma yang assist aku nak beranak tu macam pelik je. so tadi yang 45 minit sebelum tu apa? bukan proses nak beranak ke tadi tu? 

baby Hayyan diletakkan atas dada. Rasa nya semua dah tahu Hayyan ada birthmark kat dahi dia. tapi kitorang 1st tengok tu agak terkejut la. serious ke anak kitorang tu. tapi bila tengok muka baby memang kopipes ayah dia sangat, betullah tu! HAHA. takkan sempat pulak dia nak tukar ke anak orang lain waktu nak letak atas dada tu kan. lolz. 


fresh from perut ibu

panjang pulak cerita aku ni. korang masih baca ke? bagus bagus.

by the way, Hayyan akan ada appoinment untuk birthmark dia untuk make sure its not skin disease or any cancer. just to be sure. InsyaAllah so far memang nampak just mark. nothing serious but as a good parent, we will go to the appointment. gitewww. 

NAMA
Andika: Berpangkat tinggi (Jawa), Kehormatan (Indonesia)
Hayyan : Kehidupan (Arab)

kitorang zaman gatal (sebelum kahwin) lagi dah plan nak bagi nama anak Andika. Alhamdulillah tercapai jua. hiks. Alhamdulillah. terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses kelahiran Andika Hayyan Bin Munzir, keluarga, sahabat handai dan saudara mara. 




till next entry. :)

-23 hari berpantang-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...