Assalamualaikum w.b.t
HAHAHA. mulakan entry dengan gelak. sebab tajuk ada kali pertama. akan adakah kali kedua atau ketiga? HAHAHA. gelak lagi. InsyaAllah. tapi kalau tanya sekarang jawapannya masih seriau. Tunggu Lily dah pandai jaga adik. Ramai sebenornya tanya camne bersalin. nak dengar pengalaman dan feedback sebab kita kan pemakan tegar VCO. hihi.
Lily Hannah 39weeks :
kami laki bini memang aim Lily keluar awal. kiranya tak sampai lah 40 weeks. so menanti ke akhir akhir masa bersalin tu, asal sakit sikit je roger member "weh, aku rasa gini gini. ni contraction ke?" maklum ler tak pernah rasa. orang kata sakit sangat tapi sakit-sakit yang aku rasa tu masih boleh tahan lagi. ke aku kuat? eceh.
Pukul 1 pagi. Munzir dah dengkur siap dah. aku mundar mandir tahan sakit pinggang. erm nak kejut ke tak. 3 jam aku mengerang atas katil. kejap kejap bangun jalan. last-last kejut jugak Munzir. dah agak dah dia terkejut. soalan dia "dah nak bersalin ke? sekarang?" aduiii. wat saspen je soalan tu. manalah guer tahu. "entah, ye kot. eh tak tahu." "nak g sepital ke?" "ermmm boleh kot. cam sakit je" "abang mandi dulu boleh" aku angguk je. sebab masih konpius. bagilah lengah-lengah. kot kot kang sakit sangat terus bersalin best sikit. tengok cermin mak aih huduhhh. pakai lipstick sikit. Munzir pun sempat sembur AXE. lolz. che ta sangat weolss. XD
Daftar ward ( Hospital Sungai Buloh) pukul 5 pagi. takde orang. sakit pun dah kurang. masuk lagi sorang pesakit akak ni dah pecah air ketuban tapi dia rilek je. aku yang seriau tengok dia. air ketuban dia mengalir macam sungai dia buat dek je. basah lah lantai kaunter tu. aku tanya dia sakit tak? dia ketawa je. tak sakit katanya. tapi aku rasa pagi tu jugak dia bersalin sebab tak nampak dah. huhu. pagi tu doktor pun cek bukaan aku. 2 cm baru. hmm. dia kena 10 cm. makanya bermalam lah aku kat situ tunggu bukaan yang 10cm tu. pagi esok cek lagi. baru 3cm. tapi contraction tak kerap. adui bila nak bersalin ni. HAHA. tak menyabau. sebab rimas pakai baju gelobos warna pink. kesian kat Munzir pun ada tidur atas kerusi panjang tu je.
pendekkan cerita bukaan masih 3cm. aku plak dah member-member dengan pesakit lain yang ala-ala sebaya. siap buat pillow talk. kitorang masing masing 3cm. sebab doktor kata anak sulung bukaan tak pernah ada so susah sikit nak bukak. pagi tu nak bersalin punya pasal kitorang telan Milo dengan Planta. okayy ni bila ingat balik memang nak gelak. kihkih termuntah minum tapi nak cepat punya pasal ku redahi jua. HAMPEH. doktor suruh balik sebab ni dikira false alarm.
Lily Hannah 39weeks 2 days : aku balik kampung kat Sungai Buloh. aku buat squat dengan gigih. aku ajak makngah pergi OU sebab nak jalan banyak.
on the way pergi OU. muka masih bahagia.
2 jam berjalan. dapat capai 2 pasang baju baby dan cadar makngah. tiba-tiba skirt aku basah. GULP. aku pandang Munzir. Munzir pandang aku. aku errrr. tapi tak sakit pun. so aku kata takde apa. kitorang pun pergi makan. tahan lah aku dengan skirt basah-basah tu. nasib baik printed skirt so tak nampak lah lencun. HEHE. tapi lepas makan macam dah tak tahan basah (bukan tak tahan sakit taw), kitorang pun berkejar pergi hospital balik. Pukul 8 malam waktu tu. macam pelesit Munzir bawak. dengan hazard light. siap lalu laluan kecemasan. makngah aku dah mencarut-carut (melatah teruk) hahaha. aku yang sakit ni pun boleh tergelak. that was funny moment sebab 120km/j je pun. lulz.
okay, ni bukan false alarm. bukaan aku dah 4 cm. tapi agak kecewa jugak sebab bukaan tu dikira masih sikit. tapi contraction aku dah semakin kerap. aku asyik pandang jam. tiap 5 minit aku rasa sakit bertambah kuat. aku pergi kat Munzir. macam-macam dia baca. aku menangis-nangis tahan sakit. Aku minta maaf dan minta dia redho dengan aku. sebak sangat. Munzir pun tak sanggup tengok. aku pun baring sebelah amaci ni. dia pun nak beranak anak sulung. menjerit jerit. aku tengok dia jerit ammmaaa ammmaaaa aku pun join la. (jangan tiru, sebab seriously aku dah takde tenaga plus tak makan). aku zikir kuat-kuat. ALLAH ALLAH ALLAH. saat ni aku macam fikir patutlah diberi ganjaran mati syahid. sakitnya tak tertanggung. bahagian aku pulak dapat sakit contraction yang lama. 10 jam berlalu. aku hampir takde kudrat....
pukul 5 pagi (selepas 10 jam menahan sakit), aku ditolak ke LR. before ni tahan sakit kat wad menunggu je. aku diberi gas. lalok semacam. aku siap tak perasan aku dah push sampai kepala Lily dah lonjong. aku tahu aku kena bebel dengan nurse tapi samar-samar apa yang dia cakap. aku perasan gak aku dah terpancut air ketuban kat muka nurse. padan muka sape suruh bebel-bebel kat ibu yang sedang kontraksi? bahaya tahu? HAHA. tahu-tahu pulak Munzir dah depan mata. dia arahkan aku push. aku happy tengok dia tapi aku tengah lalok kan. ehh, dah boleh bersalin ke? tengok depan dah banyak orang tengah arahkan aku push.
ceghitanyaaa... omak Lily ni tak reti push uols. haha. dia pergi tolak angin kat mulut je. anak dah keluar kepala dah. dalam sepuluh push, 2 3 kali je yang jadi. 1 jam gak la dalam LR. sebabnya semua dok sibuk ajar cane nak push. persoalannya, korang ingat aku paham ke korang cakap apa tengah lalok2 camtu?? hahaha. Munzir dah kesian sangat kat aku sebab asyik kena marah je. Jantung Lily dah lemah. aku dah tak mampu dah. habis tenaga kat jerit-jerit tu. hahaha. adeh adeh. doktor pun suruh Munzir keluar sebab nak vacum. Munzir merayu bagi aku try lagi sekali je. aku pun try lagi sekali. dengan sepenuh tenaga. PUSHHH!!!
krik krik krik.
okay vacum jugak sudahnya. haha. Munzir pun melangkah longlai sebab aku takde kudrat dah. 5 saat je Munzir keluar pintu, tahu tahu je POP, eh Lily dah keluar dengan selamatnya. aku dapat push yang last tu. lolz. macam vacum tak vacum sangat lah. hoho. Munzir patah balik nak tengok aku tapi doktor suruh jugak dia tunggu luar sebab nak habiskan jahit dulu. aku tanya banyak ke kena jahit. dia kta sikit je.
6.29 a.m waktu kelahiran Lily dengan berat 2.99kg. Lily diletakkan sekejap atas dada dan aku dengar dia nangis. kejap je. mana polisi 1 jam bonding time dengan ibu? MANA ADA. 3 4 saat je. tapi okaylah aku tak larat nak pegang baby. aku tengok muka dia bersih, rambut lebat, kulit putih, bibir merah. amboii. anak aku ke tu. hahaha. lemah sangat iols sampai whatever lah. yang penting azab dah habis. Munzir masuk. cium dahi aku cakap tahniah. aku senyum je. Munzir azankan. aku macam takde perasaan weh. ibu apakah aku ini? hehe. Munzir cerita dia balik rumah sambil menangis-nangis sebab tak sangka dah ada anak. aku pulak? tido. kroghh kroghh. balas dendam tak dapat tido 2 hari.
Lily berusia beberapa jam.
aku dah buat esei ni lebih sepurnama baru dapat post sebab banyak gangguan budak kecik nak susu. hehe. Alhamdulillah Lily ada jaundice sikit tapi terkawal. jemur punya jemur hamik ko, gelap dah kulit anak aku. dah boyish sikit muka dia. sudahlah begitu, potostat pula muka ayah dia. haiyo. pakistan mari lah ceritanya kan. takpe, bulu mata pastikan melentik 45 degree ye Lily kalau dah alang-alang muka ayah tu. hiks.
hai, awak ada susu?
Alhamdulillah, Lily Hannah mudah dijaga. kuat senyum. nangis bila nak susu, berak, atau kembung. yang lain dia cam terkebil-kebil apa lagi aku nak buat ni. hoho. banyak termenung (pun ikut ayah), tapi paling anti ibu korek idung dia. muka dia macam "ibu ni asyik korek idung je" camtulaaa. fully breastfeed.
cakap pasal breastfeed, aku cam terlupa yang Lily ni manusia yang perlukan makan minum. lulz. tengok badan sendiri picit punya picit keluar susu sendu je. lupa pulak iols tokey vco. hihi. munzir suap je 2 ketui vco softgel. bengkak susu terus. Alhamdulillah ada rezeki Lily insyaAllah kita fully breastfeed ye dear. susu ibu ni emas katanya. berak pun kuning je. betullah tu emas. emas berbau. T___T
so, kesimpulan dari pengalaman bersalin aku plus minus apa yang aku perasan benefit daripada ikhtiar VCO aku adalah:
1) Lily keluar bersih
2) Rambut lebat (mungkin juga faktor genetik)
3) Milk booster (serious)
4) Lily tiada masalah ruam susu, ruam lampin, ruam peluh segala macam ruam Alhamdulillah tiada. tidur peluh-peluh pun rilek je. ruam lampin hampir ada tapi sapu je VCO tu esoknya hilang. rajin sapu je.
5) Luka jahitan cepat baik dan ada tenaga
dah nama pun ikhtiar kan, alhamdulillah la cuma bahagian aku nak dapat bukaan senang tu tak tercapai sebabnya anak sulung. katenyeeee.. hope anak kedua ketiga hingga ke tujuh laju lah meluncur ye bakal anak anak sekaliannya ya? yang penting ibu tak amik segala mala ubat doktor tu sebab ibu percaya yang natural-natural je. mungkin ada yang tak setuju tapi whateverla, my body, my rules. giteewwwww.
aku tutup entry ini dengan gambar retis berusia 5 jam. hihi.
jangan lupa buat album khas untuk Lily ya?
p/s: ibu doakan Lily menjadi anak yang baik, solehah, taat perintah Allah dan ibu ayah, memudahkan urusan kami, dimurahkan rezeki, dibahagiakan hidup dunia dan akhirat dan menjadi penjamin kami masuk ke syurga nanti InsyaAllah. setiap titisan susu ibu, ibu halalkan dengan penuh kasih sayang. ibu ayah sayang Lily. :')
Assalamualaikum :)
Pengalaman paling indah dalam hidup ialah pengalaman bersalin. Igt sampai mati woo. Tahniah
ReplyDeletetrauma yg org perempuan suka. hahaha
Deletesuuu, best part nak tanye, kenapa bila kita nak beranak husben mesti kena mandi dulu eh? bahahahahha
ReplyDeletehaaa ade ke? tak pernah dengar pun?
DeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
ReplyDelete