BISMILLAH,
Alhamdulillah, our holiday spent well. Thank to both families, Lily and Andika had so much fun.
Okay, actually nothing much to update but since ramai ask me to review the place we stayed, so here we go!
TUJUAN : Nak menenangkan otak la of course. sebenarnya aku cam jenis takut-takut jugak bila bercuti kat laut sebab tak tahulah ada ke nama yang phobia rasa ombak tu nak datang dari jauh lepas tu nak makan kita. HAHA. adoi. so this time pilih la gunung ganang pulak. tu pun takut jugak sebenarnya sebab rasa anytime Allah nak runtuhkan. hmm actually bagus jugak lah, dapat muhasabah diri. hiks.
TEMPAT : munzir kata dia selalu rasa terbeban dengan soalan aku "kita nak pergi mana cuti ni?" HAHAHA kesiannya. yelah, bajet pun kena tengok jugak. aku ni dah la penjaga akaun dia. kurang dari minima baki, boleh tension dia aku bebel. tapi aku jugak ajak bercuti. lulz. apa jenis isterikah? tapi dia manipulate soalan aku, "sayang nak pergi mana? abang okay je" alaa, aku pulak yang pening.
jadi, aku pun bukak lah Agoda, nak pergi Sungkai tu sebenarnya tapi kata tengah famous so mesti ramai giler orang. kitorang ni anti sosial sikit bab bab cuti ni, nak me-time lah kengkononnya. so scroll scroll, nampak JUSINN LEISURE ESCAPE ni. cam seketul je kat situ. Tanya munzir, dia kata on je. tapi kat Agoda tak banyak info, aku pun terus call booking tru phone je.
dalam hati harap tak mengecewakan lah since tak banyak pun review pasal tempat ni. 2 jam perjalanan daripada Shah Alam, kami pun sampai. ada few families yang tengah bersiap nak balik. kami tukar turn. Check in pukul 2 petang tapi kami sampai 3 petang. tempat dia tak ada lobby tau. memang koboi habis. PEMANDANGAN MEMANG KENA LAH DENGAN JIWA. ツ
DISCLAIMER : untuk uols yang sukakan service tekan loceng dingdong papp terus datang hantar apa yang uols nak memang idok lah tempat ni. TV pun takde siaran weols okay je. telefon service pun tak ada. bayar pun cincai boncai je kat manager chalet pastu okebai pandai pandai lah kau hidup. kami ambil chalet mountain view. ada 2 je chalet mountain view. 3 villa depan sungai. yang lain adalah untuk camping dan sukan aktiviti lasak. so tak ramai boleh masuk in one time.
ni jelah 2 ketol mountain view chalet. RM350 1 malam. you all boleh tengok kat Agoda price dia lebih murah RM290 macam tu lepas tu nak bayar cotcet cotcet lebih kurang je RM350 jugak. so tak payah Agoda bagai, direct je okay! no telefon last kita bagi. :)
kapasiti 4 orang dewasa. 2 queen beds. so kalau kira cincai sorang dewasa tak sampai RM100 pun. tapi sebab weols nak honeymoon plus bebudak 2 orang ni, diorang 1 katil, kitorang 1 katil. no share! lulz.
kiri kanan dan belakang memang mountain, depan ni boleh tengok landscape macam atas ni, tenang je sebab tak ada orang. kitorang je yang menginap malam tu. scary tak? HAHA. tapi tempat macam ni kalau ramai orang tak best. bawah tu boleh BBQ tau, tempat makan semua ada.
petang tu kitorang main basikal kat bawah ni. free je. basikal pun legend siapa ada peha yang padu tu, kira exercise lah sebab jalan dia naik turun sikit. bawak anak pulak. Lily enjoy sungguh la sedangkan ibunya bermandi peluh. fuhh.
ni view kalau uols masuk dari gate dia. malam tu kitorang balik dinner kitorang bukak tutup gate tu sendiri. yelah, kenalah praktis kan sebelum kaya macam ni. ala-ala rumah sendiri sangat. kihkih.
kiri kanan sungai cetek boleh lah mandi kot sebab jernih je tapi cam banyak nyamuk so tak payah la mandi. acah-acah je tangkap gambar cam ni pun dah okay. hihi.
ni villa yang 3 ketoi tu. murah sikit daripada mountain view chalet. dalam RM250 kot. swimming pool tu boleh mandi sebenarnya tapi lepas hujan so tak kuasa nak mandi. boleh BBQ kat sini. mengadap sungai. seronok kalau ramai ramai family besar berkumpul kat sini. i imagine lepak dengan adik beradik semua. mesti best!
kat beranda tu boleh terus panjat dan boleh buat aktiviti flying fox. RM50 satu kepala (bukan flying fox jelah macam macam lagi) tapi sebab minima kena 4 kepala so kitorang takdelah buat benda lasak-lasak ni. boleh redah sungai, jungle trekking, untuk 1 harga tu. kami mampu naik basikal je. HAHA.
untuk makan, dinner kitorang makan kat RESTORAN JOHAN (tak recommend sebab service lambat sangat, kalau ada love love atas kepala tu, dah negative dah tapi makanan dia sedap kalau sanggup tunggu okaylah) luar dari tempat ni. kemudahan restoran banyak je. ada KFC, MCD, PIZZA, STARBUCK semua ada. nampak macam terpencil je kan tapi ada je semua. untuk rilek-rilek macam kitorang ni takdelah nak explore sangat, baik duduk dalam bilik ambil angin makan jajan je, bertasbih sikit-sikit puji keindahan alam. gituhh. bilik pada kitorang agak pricey lah sebab selalu ambil budget hotel je so kenalah guna semaksima mungkin.
anak beranak ni sangat enjoy. lily memang menggunakan ruang yang ada untuk main, lari, lompat, nyanyi, ibu ayah pun happy tengok. yang ayah dia pulak termenung sokmo, pikir bisnes juta juta ke bang? lulz.
luar gate tu if jalan sikit, memang dikelilingi sungai. tak boleh mandi, memancing. orang keyell yang hidup dalam hutan konkrit ni jakun lah kan. penduduk situ tak heran der. ada sampan ni memang weols dah kuch kuch hotak hei dah. nasib baik takde. :')
so untuk 2 hari medekatkan diri dengan keindahan alam, Alhamdulillah puas hati. yang bad review mungkin jenis yang tak boleh koboi, dan expect tinggi untuk good service. actually service okay je sebab kitorang tak banyak songeh kot. HEHE. sebab buat hal sendiri.
so, kesimpulannya. BEST! sebelah ni ada LOST WORLD OF TAMBUN, XTREME PARK, so tak bosan lah kalau nak buat macam-macam.
LOKASI : JusInn Leisure Escape, Ipoh, Perak.
HARGA : RM250-400 per night (tak termasuk aktiviti lasak) weekend harga naik sikit tau. kitorang pergi ni kira weekdays.
TEMPOH PERJALANAN : 2-3 jam daripada Shah Alam.
BOOKING : Agoda or terus direct dengan Justin +60 12-522 6355
BREAKFAST : Ada roti bakar, butter, boleh buat air kopi teh sendiri.
BINTANG : Nora suka! NORA kasik EMPAT BINTANG ★★★★
PHOTOGRAPHER : Sendiri je, pakai teknologi yang ada. hiks.
Semoga review ni membantu. ramai tanya tak kuasa la nak jawab benda sama doploh kali. Thank you sudi membaca! terupdate jugak blog selepas 75 tahun. lolz.
Babai. :D
No comments:
Post a Comment