Saturday 15 December 2012

Faktor-Faktor Jerawat.




salam,


hello Catalyst Lovers. jadi sebelum apa-apa, kita buat research dulu apakah penyebab jerawat naik dimuka kita, bukan di muka orang lain sedangkan kita dan orang lain itu banyak persamaan. kenapa berlakunya diskriminasi? why baby why?






  • memakai make-up ketika bersenam. ramai yang bersihkan wajah selepas bersenam dan berpeluh. sedangkan sebelum bersenamlah kita perlu mencuci wajah. u knowww... peluh dan makeup cannot be together-gether. sangat tak elok uols.
  • Sering meraba-raba pipi, dagu atau hidung dengan tangan. elakkan memicit jerawat yang sedia ada di muka. tangan kita ni terlalu terdedah, terpegang, terrrrmacam-macam. kulit muka kita lebih sensitif daripada badan, kemungkinan bakteria pada tangan memasuki kulit dengan lebih dalam menjadikan keradangan dan parut yang kekal.
  • tak rajin cuci muka. Aktiviti fizikal memanaskan badan akan menyebabkan peluh bercampur dengan minyak yang terdapat pada permukaan kulit.  Keadaan ini akan menyebabkan pori-pori tersumbat. thiz is no good people.
  • Stress. ketika stress tubuh badan akan menghasilkan hormon stres (kortisol) yang akan merangsang pengeluaran minyak yang berlebihan.  Sekiranya minyak yang berlebihan ini bercampur dengan sel-sel kulit mati dan bakteria, jerawat boleh menjadi lebih besar dan bertambah parah.
  • Hormon. Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh lelaki maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menjadikan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk mengeluarkan minyak kulit (sebum) secara berlebihan.
  • pemakanan dan persekitaran. jarang kita dengar orang yang hidup, tinggal di tempat tenang ada jerawat batu dan stress sebab terlalu tenang. muehehe. selalunya di kota metropolitan ni lah banyaknya asap, debu, kotoran, dan meresap dalam kulit kita. dengan perangai kita yang ambil mudah, jerawat memang senang naik.  

 

jadi, nasihat saya, amalkan lah minum air masak dalam kuantiti yang banyak, lepas basuh muka tekapkan muka dengan tuala bersih (bukan menggosok muka), tambah supplement vitamin untuk kulit, kerap mencuci muka dengan air suam, jangan terlalu bimbang dengan kulit yang kadang-kadang berjerawat (sometimes it is just hormone), basuh muka dari rahang ke ubun-ubun, dan ambil masa untuk berehat jika anda stress. 


 


jika jerawat anda bernanah dan sebagainya, jumpalah pakar kulit. kemungkinan ia bukanlah sekadar jerawat, ia boleh jadi penyakit kulit. kalau masalah kecik-kecik alahai.... dapatkan nasihat dan beli produk yang tepat untuk wajah anda. 



 see ya! 
013-6386401
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...