Tuesday 20 May 2014

Pendirian VS Naluri




Salam,

aci tak selepas beberapa tahun, Godzilla pun dah muncul kembali, aku baru nak taip sikit kat blog cabuk ni? aci ke tidok? jawab la. huih.


okay lah, blog punya header pun dah tukar jadi kanak-kanak riang. curik tanpa permit kat google. maklumler tak kretip, kalau waktu kretip takde pulak nak edit-edit bagai, bantai tidur siap mimpi-mimpi menjadi artisan. giteww.


Tahu tak sekarang dah rasa segan nak selfie? sebab tetiba PM buat hal nak ikut-ikut orang selfie, terus selfie dah tak trend sebab nanti kena bahan "eleyyy ikut PM letteww" hiks. hampon. << yang ni memang saje merapu.


by the way, aku ada rasa sedikit keliru dengan pendirian diri. Actually before kahwin, aku dengan husband memang sepakat, no baby until I ended my degree journey (sekarang tengah practical, sebulan lagi nak habis yahoo!), no baby until our economy is good (tak menyewa, akaun at least ada 13.5k, ada empayar sendiri, aset ada at least 3, 4 juta), tapi you know after kahwin, memberontak hati sanubari ni nak baby weh. tension aku. bila aku tension aku nak ceghita kat sape? mestilah to my one and only beloved husband kan? tapi dia still dengan pendirian dia. aku pulak dah terbawa-bawa dengan naluri keibuan aku yang dah tahap maksimum ni.


tapi aku sikit pun tak salahkan dia. yelah. dah janji gitu, kena lah gitu. apehal nak ubah-ubah pendirian pulak. iols is so depressed. adelah nangis bila tiap bulan tu datang bulan. memang lah sangat tah pape. tapi dah aku rasa nak nangis takkan aku nak gelak terbahak-bahak pulak. kang ade yang tak ngaku bini kang. aku rasa suami aku paham je peel bini dia ni. in fact, memang dia paham. sebak. T___T


tapi bila aku scroll forum bini-bini yang sangat nak anak, tapi tak de rezeki lagi or memang ada masalah kesuburan or jeles dengan anak kawan-kawan yang comels, aku rasa macam paham sesangat. tetiba semua sehati sejiwa padahal tak kenal pun. how technology works. aku paham sangat anak akan buat kita berbelanja lebih, makan pakai dia adalah komitmen kita, kalau boleh kita nak dia selesa, so we need real plan for them. siapa nak jaga waktu kita kerja, babysitter boleh harap ke, gaji cukup ke nak bagi dia makan, stroller dia je dah beribu, checkup tiap bulan tu beratus kalau kumpul, kalau aku sakit sengal-sengal ke tak ke laki aku risau, ehh macam-macam lah. tapi masalah tu TAK BOLEH lawan naluri aku. aku akan redah. everything. kalau aku susah aku akan pastikan dia tak nampak aku susah. anak is my motivation. i will do everything for you. like seriously EVERYTHING.


so, bakal anak ibu (yang masih belum wujud), ketahuilah ibu nak sangat ada kamu sekarang ni. tapi tak tahu bila kita boleh jumpa. doa-doalah ayah kamu lembut hati. hehehe. dia jeles kalau kamu ada, ibu dok sayang kat kamu sorang je. ada ke patut. jeles tak bertempat. huh. hikss. ampunkan ku suami. gurau je. :)


tapi ibu doa, muka kamu biarlah macam ayah kamu. tapi comel biarlah ikut genetik ibumu please. sebab ayah kamu tak berapa nak comel. more to handsome gitu gitu jew. hiks. semoga naluri aku ni adalah kekuatan. Aamiin.



bakal ibu dan ayah yang-tak-tahu-bila. :)


bai. ;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...